Home » Tazkirah PaGI.

Tazkirah PaGI.


KETIKA PERUT RASULULLAH SAW BERBUNYI...

Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat.Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah SAW bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Rasulullah SAW itu langsung bertanya setelah selesai solat,”Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat,apakah Rasulullah sakit?”

Namun Rasulullah menjawab,”Tidak . Alhamdulillah,aku sihat dan segar.”

Mendengar jawapan ini Saidina Umar bertanya lagi ,” Lalu mengapa setiap kali Rasulullah menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah-olah sendi bergeseran di tubuh Rasulullah? Kami yakin Rasulullah sedang sakit…”

Melihat kerisauan di wajah para sahabatnya,Rasulullah SAW pun mengangkat jubahnya.Para sahabat amat terkejut.Ternyata perut Rasulullah SAW yang kempis, kelihatan dililit dengan sehelai kain yang berisi batu kerikir untuk menahan rasa lapar.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak.

Umar memberanikan diri berkata,” Ya Rasulullah! Adakah bila Rasulullah menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan,lalu kami hanya mampun untuk berdiam diri ?”

Rasulullah SAW menjawab dengan lembut,” Tidak sahabatku. Aku tahu,apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini.Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti,apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban bagi umatnya?”

Para sahabat hanya tertegun. Rasulullah SAW bersabda,” Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Subhanallah betapa cinta sayangnya Baginda Rasulullah SAW kepada kita..maka dari itu mari kita baca selawat kepada beliau junjungan kita....

Firman ALLAH Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH dan malaikatNYA berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah Al-Ahzaab 33:56

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” - Hadis Riawayat Ibn Mas’ud 



✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

7 ulasan:

fatin aziz berkata...

nice entry!!! bukan semua orang boleh kuat seperti Rasul kita.

Unknown berkata...

perbanyakkan selawat ke atas baginda..:D

✿INA AINAA✿ berkata...

betul tu, nice tazkirah.. mari kita basahi lidah kita dengan bykkan berzikir dan berselawata.. Amin... jom amalkannya... hehehe

Unknown berkata...

Ya Allah... Trharu baca kisah2 Rasulullah SAW dulu..
Mmg dia lah mentorku hungga akhir zaman.. :')

red jambu berkata...

alhamdulillah.. moga2 jadi pengajaran buat kita semua. ;)

nabila biela berkata...

nice sharing ayu..hee..sy follow ayu..org ganu kite..wink3

Tanpa Nama berkata...

penah dgr jgk citer ni..nice info to share..hehehe..