Berebut pusaka di kubur ibu sewaktu talkim

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

dah mula loya.. :)

ada lagi satu story time cuti baru ni.. masa tu aku, kakak,abang ipaq n anak-anak dia pergi kenduri kat rumah mak sedara abang ipar dekat kuala Terengganu. tak jauh sangat dari rumah aku kalau ikut Highway Pantai Timur yang belum siap. tapi dah boleh guna dah.pepandai jer kan. huhu
kitorang pepagi lagi dah gerak, takut lambat sampai. al maklum lah tak pernah menjejakkan kaki kat kampung Pengantin tu haa.. lagi satu sebab nak kejar takut tak sempat join majlis pertunangan kakak pada sebelah malam nanti..
so pagi tu aku pon tak berapa sempat nak jamah makanan/air even dah tahu bahananye tuh. (makeUp lama sangat kott) so keluar macam tu je haa.(yang penting muke bersih berMakeUp) lalalala.. 
dah Separuh perjalanan kitorang, tetiba tekak terasa loya pulak. macam orang pregnant pulak rasa.haha.. haa dah terfikir dah. ni mesti sebab tak makan pagi tadi.huh.. dalam hati ni berkata "ya allah, cepatkan lah perjalanan kami.dah tak tahan rasanya. asyik telan air liur je.perut pulak dah berapa lagu dah berkumandang.kihkihkih.. 
dah hampir sampai kat tempat kejadian, tersalah jalan pulak dah. berpusing-pusing di jalan yang sama je haizz.. Siap bukak Goggle Map, tak jumpa jugak jalannya. maybe Goggle Map pun tengah pening,jalan apalah yang kitorang cari ni. humm.. 
Bila dah putus asa, kitorang bukan balik terus, tapi terpaksa Call tuan rumah untuk menconfirmkan tempat kejadian.. Cari punya cari, akhirnya jumpa satu jalan iaitu memang jalan menuju tempat kenduri. dan tetibe pulak tekak aku yang dari tadi memulas(ehh memulas ehh?) hilang.. tapi bagus jugak, kalau tak hilang jugak, kat mane la aku nak membuang nye kan. hihihii. dah sampai, sembang sekejap then kitorang cari makanan iaitu nasi.. sangat menyelerakan.. tapi tak bergambar.sebab malu kot.. orang ramai meyhh.. hihi..
lepas ni kalau nak jalan jauh-jauh, mesti simpan makanan sedikit dalam perut tau. takut nanti jadi seperti kejadian di atas.. muehehehe

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Selamat Bertunang

 sempena cuti sekolah ni, memang ramai lah yang update entry tentang aktiviti masa cuti masing-masing kan. huii sume best2.. ada yang pergi melancong, ke pulau, dan ada jugak yang ambik peluang untuk melangsungkan perkahwinan & pertunangan.. cam best jew kan. huhuu..
haa kita pon same tau..sengaja amek cuti semata-mata untuk bersama keluarga tersayang.. Ceewahh.. kita amek cuti 3 hari, boleh la campur,darab, bahagi, sama dengan cuti rehat sekali haa.. so aktiviti nya pon best jugak.. kebetulan jugak my beloved sister pon pepandai jer amk kesempatan Bertunang.. amek kesempatan??hemm.. 
so sume ahli keluarga ada.. masa aku bertunang hari tu, 2 orang tak join. masing2 keje..(alasan)
tapi takpela.. asalkan terikat jugak ikatan tu kan. hehe..
 dan hari tu meriah jugak. gambar pon banyak..(kunun nak jadi photografer) ecehh..
tapi yang penting gambar aku pon kena ada sekali. kalau takde gambar aku, tak nak upload.. ehh? bhahaha
hantaran dari pihak perempuan
haa kan dah cakap, gambar aku wajib kena ada.. hihiihi
with my beloved sis.. yang tengah tu la 'pengantin'
anak-anak dara & mak-mak dara.. lalalalala
masa sarung cincin. saat gemuruh.. kihkihkih
yang ni hantaran dari pihak lelaki.. hijau kauu..~
tema : pink + hitam. tapi pihak lelaki tetiba gubah hantaran warna hijau.. perlu ke? hehe.. minat warna hijau lettew kan. papepon, semoga berbahagia.. cepat-cepat naik pelamin yee.. blogger-emoticon.blogspot.com

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

My Engagement, 08/03/2013


pagi ini ramai pulak Costumer datang.. tahu lah esok dah start cuti kan.haa so pepandai engkorang jerk amek cuti sendiri kan.huhu.. okey tak mau marah-marah, nanti bukan cepat tua, tapi customer yang lari.hihi.. baru-baru dah update entry INI yang mengatakan akan di Upload gambar-gambar pertunanganku.. hihi.. so tanpa membuang masa begitu sahaja, lets go..ceewahh

mase nih sempat lagi skodeng pihak lelaki..!●ᴥ●

with my Bestie..


tersipu-sipu sebab giler ramai orang maa. malu tahu..

hantaran dari pihak Perempuan kepada pihak lelaki...

yang ni pulak hantaran dari pihak lelaki..

masa nak sarung cincin.. 
with my Fiance..

tadaa... yang ni lah yang aku tunggu selama 3 tahun..wakaka.. (citer bohong)

okey dah tertunai tanggugjawab aku untuk mengUpload gambar-gambar ni sume..
dan hari ni sudah 2 bulan bergelar tunangan orang. harap-harap berbahagia sehingga akhir hayat.


✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Lawak Di Pinggir Kota




bukan nak memfitnah, bukan jugak nak mengutuk, apatah lagi nak memperli, tetapi sekadar pengubat hati yang sedang bersedih ketika ini.. sekian..
Sila Ketawa..


✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Blog_Walking ^◕‿◕^

Pagi ni sempat jugak blogwalking.. sebenarnya bukan tak sempat, tapi sengaja buat-buat tak sempat. aduhaii.. Harap-harap esok dan hari seterusnya tak buat cam ni lagi dah. muehehehhe..
haa tadi kan, ada jenguk belog sis sorang ni.Sis Nadia namanya. dah bertunang dah Beliau. 
so status dia same dengan kita.. kite pon dah bertunang dah. "dah tu mana gambar nya?" sorry3 yaww. yang ni pulak bukan alasan tak sempat, tapi  M.A.L.A.S.. 
So lepas tengok gambar sis Nadia tadi, ada semangat pulak nak upload gambar pertunangan ku ini. 
Actually dah lame bertukar status, sejak bulan 3. so gambar dah burok.. sorry yew kawan-kawan.. Next Entry akan ku upload kan okey..  & tahniah jugak sapa2 yang dah membina 'Masjid' yang suci.. nanti giliran kita pulak. Jemput datang. hehhe
                                        

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

KITA ..(∪ ◡ ∪)



k yang paling tepi belah kanan tu yang paling hensem.. apa pendapat anda2? hihi

7:21PM , SUNDAY.
Sebelum balik Berehat, and esok dah cutiii.. Yeehaa~~
Jom layan lagu baru dari band 'kesayangan' ramai nii.. RAMAI ke?? yeahh..
jeless lah tu kan. haha..
oke dahh.. 


KITA- FORTEEN ..


MAKLUMAN : entry ini adalah Entry terpendek dari 'Red's Jambu Blog' .. SEKIAN..
Be Enjoys guys..

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Makna Sebenar HARI IBU



Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda :Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿