JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.
“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.
Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.
Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.
Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.
Bagi aku, mungkin orang tuh dapat paggilan Sihir.. Nauzubillah..masih ada lagi kah benda2 kurafat macam tu?? seramm.. bile nak bertaubat?? Sesungguhnya taubat tidak menunggu kita..!!
7 ulasan:
Ya Allah, scarynyaaa.. hurmmm knp skrg ni suka bomoh mmbomoh.. tak dpt sesuatu, membomoh.. usahlah sendiri.. masyaAllah
hmmm.. dah akhir zaman.. :(
eeeee seram kot..npe la dorg nie still nak guna cara kotor camtu...ble la nak insaf..
mcm2 zaman skrg ni
x perlula nak bomoh2 ni..xde faedah..nnt makan diri sndiri gak
mak ai.. bio beno..
wooo..., seram plak rasa...
Catat Ulasan