Home » petua hilangkan Jerawat

petua hilangkan Jerawat



Hello Peeps.. haha..
petua.tips,kaedah,penyelesaian..sama je kan.. sape yang nak tahu camne nak hilangkan JERAWAT,(yang ponting ini petua nenek moyang aku,kau,dan dia..).. Dan petua ini sesuai untuk korang yang selalu sangat Dating,Shopping,Hang out.. Nanti kalau Bf korang tegok jerawat bertempek kat muka korang, haa sape yang malu?? Korang jugak kann.. tapi kalau aku, tak penting kot.. haha penting jugak lah.  malas nak tulis panjang2, nanti hujan pulak. hiihi.. gurau sikit aje lahh. jom.. Scroll ke bawah okeh.. :


Petua Hilangkan Jerawat

Dengan Susu tepung:
Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

Dengan Beras dan inai:
Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu. 

Dengan Asam gelugor:
Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu. 

Dengan kulit kayu manis:
Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

 Peringatan2.!! sila amalkan petua ni okey.. nanti kalau tak jadi kang, jangan kau salahkan aku hokey.. hew2.. 
..KALAU SETUJU,SILALAH KOMEN..

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Tiada ulasan: