Home »
dah mula loya.. :)
ada lagi satu story time cuti baru ni.. masa tu aku, kakak,abang ipaq n anak-anak dia pergi kenduri kat rumah mak sedara abang ipar dekat kuala Terengganu. tak jauh sangat dari rumah aku kalau ikut Highway Pantai Timur yang belum siap. tapi dah boleh guna dah.pepandai jer kan. huhu
kitorang pepagi lagi dah gerak, takut lambat sampai. al maklum lah tak pernah menjejakkan kaki kat kampung Pengantin tu haa.. lagi satu sebab nak kejar takut tak sempat join majlis pertunangan kakak pada sebelah malam nanti..
so pagi tu aku pon tak berapa sempat nak jamah makanan/air even dah tahu bahananye tuh. (makeUp lama sangat kott) so keluar macam tu je haa.(yang penting muke bersih berMakeUp) lalalala..
dah Separuh perjalanan kitorang, tetiba tekak terasa loya pulak. macam orang pregnant pulak rasa.haha.. haa dah terfikir dah. ni mesti sebab tak makan pagi tadi.huh.. dalam hati ni berkata "ya allah, cepatkan lah perjalanan kami.dah tak tahan rasanya. asyik telan air liur je.perut pulak dah berapa lagu dah berkumandang.kihkihkih..
dah hampir sampai kat tempat kejadian, tersalah jalan pulak dah. berpusing-pusing di jalan yang sama je haizz.. Siap bukak Goggle Map, tak jumpa jugak jalannya. maybe Goggle Map pun tengah pening,jalan apalah yang kitorang cari ni. humm..
Bila dah putus asa, kitorang bukan balik terus, tapi terpaksa Call tuan rumah untuk menconfirmkan tempat kejadian.. Cari punya cari, akhirnya jumpa satu jalan iaitu memang jalan menuju tempat kenduri. dan tetibe pulak tekak aku yang dari tadi memulas(ehh memulas ehh?) hilang.. tapi bagus jugak, kalau tak hilang jugak, kat mane la aku nak membuang nye kan. hihihii. dah sampai, sembang sekejap then kitorang cari makanan iaitu nasi.. sangat menyelerakan.. tapi tak bergambar.sebab malu kot.. orang ramai meyhh.. hihi..
lepas ni kalau nak jalan jauh-jauh, mesti simpan makanan sedikit dalam perut tau. takut nanti jadi seperti kejadian di atas.. muehehehe
✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿
Tiada ulasan:
Catat Ulasan