Home » mari makan sayur.

mari makan sayur.

Siapa tak makan Sayur, nganga mulut.. ngee~ Korang tak tau ke sayur sayuran ada sejuta kebaikan dan kelebihan untuk kesihatan kita? Bagi aku la, sayur best taw.tak kira lah sayur pe pon. siapa yang kurus,bile makan sayur,boleh jadi chubby, siapa yang kurang bertenaga,makan la sayur.insyaallah sihat walafiat.. kalau tak percaya,korang boleh Scroll ke bawah :

Asparagus
Asparagus ni kat kampung tak pernah jumpa walaubagaimana pun ia amat berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Bunga kubis
Sayuran nampak berkhasiat tapi realitinya ia sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. biasa saya ambil untuk mengekalkan penglihatan saya, ianya elok untuk menjaga mata.
Timun
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Ia juga elok untuk melambatkan kesan penuaan dan kesan lebam pada bawah mata.
Terung
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. jadi sediakan hidangan terung bersama daging.
Bawang putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.” (Mulut berbau)
Halia
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil ( Halia )”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Kekacang
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

haa dah baca kan, so jom kita amalkan makan sayur okeh. tak rugi pon.untuk kesihatan kita jugak kan.. Sharing Is Caring.
Photobucket

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

5 ulasan:

Pecinta pink^^ berkata...

alamak..halia tulah yg kurg..hehe//btw nice share dear :)

red jambu berkata...

hehe..perlu untuk kesihatan taw.. hihi.. k wlcome..

✿INA AINAA✿ berkata...

ena memang suka makan sayur.. dlu msa kecil2 je tak suka.. bawang pun ena dah suka, cuma makanan yg pedas je belum suka lg.. huhuhu

red jambu berkata...

patut muka ena cantik sangat.. bagus la.. semoga sihat sentiasa yea dear..

Nurrul Hazieqah berkata...

Sayur paling fav untuk nUrrul ialah Ulam2an..

*sangat suka makan sayur !