Home » Erti Perkahwinan...♥

Erti Perkahwinan...♥

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan...
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah.


Perkahwian, mengajarkan makna 
Kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya, 
Isteri menjadi ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, kamu gembalanya,
Isetri adalah murid,kamu gurunya, 
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya...

Saat isteri menjadi madu, kmu teguklah spuas puasnya.
Saat isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang rusuk yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya...

Perkahwinan, menyedarkan kamu perlunya IMAN DAN TAKWA, 
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA, 
Kerana kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana, 
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, 
Menjadi solehah..
     imageimage
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor Syaitan yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya,. Di saat itu Syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu....
                              

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

3 ulasan:

✿INA AINAA✿ berkata...

apapun, perkahwinan itu indah... kalau nmpk yg x indah tu, manusia yg menyebabkannya... =)

red jambu berkata...

betol tu betol.. semoga kita semua bahagia2 saje keyh..

Nadia Johari berkata...

mari ikut xara Rasulullah..moga perkhwinn bhagia