Home » kebaikan & keburukan shopping ONLINE !!

kebaikan & keburukan shopping ONLINE !!


Lambakan Online Shoping ada kebaikan & keburukannya!

Kini bershoping di alam maya menjadi trend yang terkini di kalangan shopingholic. Sebenarnya apa yang membuatkan mereka lebih cenderung membeli secara online adalah kerana harga yang dikenakan pada barangan yang dijual jauh lebih murah berbanding yang berada di kedai. Namun adakah ia berbaloi dan berkualiti? Jom ketahui kebaikan dan keburukan shopping online.

Kebaikan :
1. Menjimatkan masa
Ia bukan sahaja menjimatkan duit kamu, malah ia juga menjimatkan masa kamu. Jadi kamu tidak perlu bersesak-sesak di jalanraya mahupun di dalam pusat membeli-belah itu sendiri.

2. Lebih relaks dan tenang
Walaupun kamu mengambil masa berjam-jam sekali pun untuk memilih barangan mana yang kamu mahukan, tiada siapa pon yang akan pedulik dan membebel pada kamu. Jadi kamu dapat membeli dengan suasana yang lebih relex dan tenang.

3. Lebih murah & berbaloi
Ada sesetengah orang berpendapat. Membeli belah di alam maya lebih murah dan berbaloi. Ini kerana, kamu tidak akan di kenakan sebarang tax dan extra charge. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan orang ramai.

Keburukan :
1. Kabur dengan kualiti barang
Kadangkala, barang yang di jual di alam maya tidak tentu kualitinya. Ada kemungkinan juga Kamu sangkakan original tapi sebenarnya ia adalah barangan tiruan. Jadi, sukar untuk di tentukan apakah kualiti barang yang kamu beli di alam maya.

2. Gambar vs Realiti
Ada kalanya kamu akan tertipu dengan gambar-gambar barangan yang dijual. Mungkin kamu akan mengalami situasi di mana barang yang kamu langgani itu tidak secantik barang yang ada di dalam gambar yang kamu lihat.

3. Tertipu dengan si penjual
Tidak di nafikan, ada kemungkinan jika kamu tidak pandai memilih butik online, kemungkinan kamu boleh tertipu dan ditipu dengan si penjual yang tidak bertanggungjawab. Pekara ini sering terjadi sebenarnya. Jadi hati-hati ya ketika membeli!

Info : KLIK.ME

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

2 ulasan:

✿INA AINAA✿ berkata...

ena lebih selesa shopping barang tu ada didepan mata.. online ni boleh juga, tapi tak mahu amalkan.. apapun, setiap benda tu ada kelebihan dan kekurangannya

nn lylyn berkata...

pernah bli on9..ok jugak barangnye