kisah Suami Isteri..


Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Ya Allah indahnya hidup Suami Isteri. semoga mendapat pengajaran kepada kita semua.
Senyum. :)

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Dah tak lama dah nak ............




BIRU, HIJAU.. BIRU, HIJAU.. haiiyaa.. nampak tak semangat tuh? kihkih.
Tapi malangnya.. Tahun ni still tak layak tuk mengundi even umor dah mencecah 21 pada tahun ni.
MENGUNDI penting bagi aku sebab mase niey la kita nak tentukan/pilih kerajaan yang sepatutnya memerintah negara kita yang tercinta ini.. 
kite semua tahu sekarang dah bermula dah berkempen parti masing-masing kan,,
and ada jugak terbaca and terdengar satu parti tuh yang menuduh dan memfitnah parti lawan. adakah itu satu cara untuk meraih mata semasa rakyat jelata mengundi nanti??kalau betol, seriously itu adalah cara kotor lagi laknat sekaligus tidak akan mendapat berkat dari Allah s.w.t..masing masing ade kelemahan kot, tapi kenapa nak bukakan aib orang??tak takot ke kalau nanti tuhan bukak aib kita seluas-luasnya. balasan Allah lebih teruk dari perbuatan manusia.(remember that
Kita berparti,berkempen, dan memerintah negara bukan saje nak mendidik rakyat patuh suruhan pemimpin, malahan, patuh kat pencipta kita jugak kan,.bak kate my Ex  Teacher,buad persaingan yang sihat gitu, barulah takde gaduh a.k.a fitnah memfitnah. so tak payah la guna cara jijik begitu untuk memungut sedekah dekat rakyat, yang penting pemimpin tuh sendiri perlu berusaha menegakkan ajaran agama kitaa!! 
So sedih sangat punya negara yang merdeka dan 'aman' ini, tapi  tak mengamalkan hukum islam. 
blogger-emoticon.blogspot.comby the way, jangan marah, this entry hanya spontan yang belegar-legar di benak kepala sejak minggu lepas sambil melayani perasaan boring yang teramat. (harap-harap parti yang aku hormati akan menang a.k.a memerintah lepas nie) peace..
sekian terima kasih sebab sudi membaca.. (undian adalah RAHSIA)
                        

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

✿PakSu's Wedding✿

Nak share satu story laa.. hehe.. at my paksu's wedding.. happening je.. meriah sebab pihak pompuan buat besar jugak lah majlis tuh. so berbaloi jugak lah aku pegi. keh3.. pagi-pagi hari lagi dah siap.semangat punye pasal.   Pagi tuh ade masalah sikit. nasib baik still boleh sabar(masalah ape dirahsiakan).. 
So majlis Persandingan pada pukul 11 pagi, (tu yang semangat siap awal awal). dah sampai, aku tak nak pegang ape ape dulang, sebab tetibe je semangat nak snap pictures datang(lagipun barangnye berat berat).hehe. bile dah kena pegang dulang, confirm memang tak leh nak snap snap dah kan. tu la motif baik aku sebenarnya. 
Walaupon tak lah banyak sangat gamba, tapi okey la daripada takde langsung kan,kan,. Lagipon buat ape pakai Henfon mahal, tapi dok goyang kaki jerk dalam beg tangan. So aku nak buktikan yang Henfon 'murah' aku tak goyang kaki dalam beg. huhu.. here this result. :
'gelagat' kakak and mama aku. 

pengantin sama cantik sama padan. 

☛Ini Cupcake aku yang punyaa.. hehe snap dulu sebelom 'ngapp'

sebelom masuk ke dalam rumah, kena salam husband dulu.

yang ni giliran mama aku merenjis renjis bunga mawar.. (aku takde)

area meja makan pengantin.pelamin tu cantik lah

antara hantaran pihak lelaki kpada pihak pompuan

 Gambar aku?? huh.! dah berpuluh kali upload, tak berjaya lol. sakit jugak ati aku. entah kenapa. tak leh nak masuk.. maybe banyak sangat gamba yang aku pilih, so terus Hang.. papepon, aku doakan semoga paksu aku ni berbahagia bersama Wife tercinta. amin






✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

koma..



baru 3 hari family dapat berita sepupu aku sakit tenat. koma katenya. terkejut habes. asalnya demam biasa je.tapi melarat dari satu hari ke hari yang laen. actually dia (kak Mala) pregnant.dah sarat kot. lepas tu tak sedap badan and then terus demam. melarat pulak tuh,makin lame makin terok,and terus koma. time bersalin pun tak sedar, sampai sekarang ni.. lepas tuh kabarnya ada jangkitan kuman pada otak..! cube fikir, acane boleyh sampai kat otak, padahal asalnya demam je kot. 
aku sedih plus kesian bila fikirkan Kak Mala. kesian kat anak dia,suami dia. berita terbaru pulak, anaknya pun ada jangkitan pada paru-paru. Ya Allah.. Ibunye pon terus koma. Kami hanya berdoa,semoga tiada ape ape yang teruk berlaku. semua sihat macam dulu-dulu. sies aku memang sedih sangat kalau ade ahli family aku yang ditimpa musibah even diorang tak rapat dengan aku. 
Jangan pandang rendah pada DEMAM sekarang nie. Bahaya taw.serum aku bile teringat. maen ngan otak pulak tuh. humm

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

dah lama tak jumpa benda ni...

betol,betol,betol...
memang dah lame tak makan seafood. ngeh3.yela.biase makan ikan je.jarang je dapat makan ketam,udang, whatever.. papepon,aku tetap bersyukur sebab still dapat menghirup udara, dapat melihat persekitaran.. PERINGATAN,JANGAN SESEKALI KITA MENYOMBONGKAN DIRI. menyombongkan diri, cam pelik je ayat tuh.kihkih..
lorh, semalam baru je dapat makan SOTONG MADU BAKAR.. sape pernah makan? ataupon ada yang still tak kenal? ok,rupenye cam ni.. :

Sebenarnya dah lame dok mengidam nak makan sotong bakar nie,maklumlah last dapat makan sotong ni masa kecik kcik dulu je. sekarang dah susah nak jumpa kott.. tengah tengah dok fikirkan mana nak cari benda, kebetulan aku ke kedai runcit, tuupp2 ternampak benda ni..wahh bersinar je mata aku mase tuu. hiihi.. then apa lagi, terus pegi dekat,and tengok harga.. makk haizz... tapi takpe lah. alang alang dah ada depan mata, beli jelah. kedai lain mungkin takde benda ni.

so dah abis perasaan ngidam aku nih. pas ni ape lagi lah nak makan pelik-pelik. k dah macam orang pregnant dah aku ni. siap ade ngidam lagi tuh. kahkah.. 
rasa Sotong ni best,manis,terasa madu tu.pas tu dia tambah lagi gegula atas badan sotong tu.. (saje nak buat awak2 terliur)

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

baju kurung moden versi pertunangan

setelah sekian lame aku mencari... mencari ape erk?? cari idea tuk update entry kott.hihii..tapi tak jumpe2.dah naik poning kopalo den ni hah.. last2 time dok belek-belek pics lam gallery fon aku yang tak berape nak canggih ni, terjumpe gambor lama .. lepas tuh terfikir pulak,lame jugak tak upload pics dalam belog ni.(sebabnya gamba ambe tak secantik gamba org len) lahaii kesiann kan. huhu..maklumlah kita ni bukan suka tunjuk-tunjuk muke kiter yang tak berapa nak lawa nih.
Tapi yang sebenarnya tadi tengah borak-borak dengan mama pasal baju petunangan aku nanti. yang specialnya baju tuh my mum yang jahit sendiri.maklumlah my mum ni dah sedia amik upah jahit baju..hehe. untung taw sapesape yang ber'mak kan tukang jahit. well kite taklah malu sangat time nk buat baju design yang agak pelik  kan.hhaha. so baju tuh baru je siap tadi.actually tak siap sepenuhnya,aku pon sempat fitting jugak kejap tadi. hoho..
imageimage
tadaa.. kitew wat baju kurong moden jew.. santekk tak,, hehew~

actually aku suka sangat dengan baju ni..now i'm so happy..

maka tercipta lah gamba nih.. sementara camera still on, aku pon tanpa segan silu, klikk. n klikk sekali lagi..
*maaf di atas kekotoran background yang mungkin mencalarkan pemandangan mata anda. (cehh. poyo je lebih)

hari ni agak gembira.. sebab: 1-baju tunang dah siap walaupon still ade masa lebih kurang 2 minggu. hoho. 2-esok cuti.yeahh..

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

anak adalah segala galanya...


KISAH YANG PASTI MEBUATKAN AIR MATA ANDA JATUH !!

TAJUK : " AYAH , BAGILAH BALIK TANGAN ITA ! "

Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Pengajaran daripada cerita:

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...."


♥ jangan lupa tekan butang SHARE ye , moga2 semua sahabat2 dapat manfaat dari kisah ini ♥

♥ jangan lupa juga luahkan perasaan anda berkaitan kisah yang anda
baca ini ♥

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Fenomena Faceboke


lolla~. semalam, hari nih, dan hari hari seterusnya akan tetap bosan jika aku terus menjadi kaki Facebook a.k.a FB.. apesal aku cakap camtuh? korang perasan tak dunia FB skang dah jadi cam hape dah. segala virus batak dah kua. nak batak ape?batak hot, batak promote,batak perasan sume ade..(orang batak takde lagi stakat ni,kalu ade,bagitau) yang aku heran ni, begini ke tempat kite mencari kawan,ataupon share masalah kite dengan kawan2? pening dah aku. Sape sape yang kaki FB cam aku nih, diorang tau la.sies memang annoying.!  nak bukti?meyh tengok gambor kat bowoh ni haa..
-yang ni batak promote-

-yang ni pulak virus. nampaknya sume orang terpaksa bakeup FB masing2 pas ni-

-hahaha batak Hot-

-batak Hot versi ke2-

Fenomena sume yang di atas terjadi lepas terkeluarnye 1 statement yang kononya untuk menambah rakan,n likers status kita nanti. conthnya cam nih :

Haru betol lah FB skrang nih.. bagi aku, Blog yang paling stedy.Walaupon aku jarang je hupdate entry.. sorii. (takde idea)

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Be Mine..


Lirik Lagu Be Mine-Tasha Mansyahar

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

          KORUS
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

k step them dancing tu aku suka tengok..
Skinny Jeans laki tuh aku minnat lah. nak buat present tuk FruitHeart lah nanti. hahaha

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

SAHABAT


laii laii.. belom sempat habes perayaan Tahun Baru Cina, ada lagi hari hari yang lebih penting untuk kita semua kan.contohnya HARI IBU, HARI SAHABAT, HARI BAPA, etc.. Almaklum lah Tahun Baru Cina ni orang Chinese je yang menyambutnya kan. oke,serius aku langsung tak rasa ape ape pon mase hari kejadian tuh. takde cuti,takde hang dengan family or gengs. just dapat penatt.haha..

oke straigh to the point, merujuk pade tajuk yang dah ade kat atas tuh, tak lame lagi bakal menjelma hari SAHABAT (aku tau la lambat lagi.dah dapat idea buat entry pasai sahabat nih haa), nak story lah serba sedikit pengalaman / dunia persahabatan aku nih haa.. Well,setakat nih hubungan aku dengan kawan segala kawan aku memang cukup cukup cukup bahagia gilerr.hahaha. and aku hope hubungan ni akan kekal sampai ke hujung nyawa. in sha allah.. kawan kawan memang penting sangat bagi aku becoz lepas family,of course la kawan kan kan.

tapi ada satu perangai manusia yang paling paling tak boleyh terima pakai oleh mane mane manusia waras pon. iaitu MENGUMPAT.. aku benci and takut sangat nak rapat dengan orang cam tu.sebab sudah maklum MENGUMPAT itu adalah dosa besar.kalau bertaubat,bukan kita bertaubat nasuha je, malahan kena mintak maap pulak kat orang yang dah kita umpat tuh kan. tak ke malu macam tuh?so aku anggap orang yang suka MENGUMPAT nih ialah orang yang tak beradab, and PENGECUT taw.. sebabnye: apesal kau nak kutuk orang?takleh ke face to face?kalau jauh dimata, haa zaman sekarang nih macam macam..skype,3G,nak ape lagi? kalau tak suke dengan sikap kawan kite, talk to talk je.bincang dengan baik. ( sape setuju?)

conclusionnya, aku memang memang pantang sangat kat orang yang suka MENGUMPAT nih. nak nak yang mengumpat kawan baik aku.. so, sape sape yang 'terjebak' dalam masalah nih, aku harapkan kurang kan sikit lah buat kerja tu oke.nak berubah serta merta memang mustahil kan.so tindakan awal kita adalah,kurang kan berkawan si 'ibu' MENGUMPAT nih.walaupon kita tau cerite buruk pasal orang laen,bukan semuanya betol kan,ade jugak yang tak betol.cube korang fikir pulak kalau orang laen bercakap hal buruk tentang korang?ape perasaan? 

So sebelom sampai masa HARI SAHABAT SEDUNIA nanti, apakata kita sama sama ubah perangai kita.(aku pon banyak sangat salah dengan kawan2) and fikirkan nak bagi hadiah pe kat kawan yang kita sayang?cube kongsi.hehe

           aku nak bagi kiss sorang satu     

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

hidup kena diteruskan..

First, nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina especially untuk Blogger dan kawan kawan yang beragama Buddha khususnya, dan untuk warga cina amnya..laalalala (dah macam nak bagi ucapan kat atas pentas).. Korang korang perasan tak makin hari, makin cepat masa berlalu kan.tak tersedar pulak dah masuk Bulan Februari dah. rasa macam baru jer aku daftar Blogg tahun lepas..tapi malangya aku dah lupe tarikh hari pertama daftar,post Entry tuh sume. aduhh. Tapi takpe lah,lupe pon lupe lah.salkan sekarang aku dah punye ramai jugak kawan2 baru dekat Blog ni.Korang lah kawan kawan aku.hehe
Yelah, semakin hari, dunia ni makin berubah. ada yang makin kejam,makin maju, makin mundur,. humm nak bukti,bace je surat khabar tu haa.sume berita ade.Tapi kita memang tak nak lah kalau something yang buruk berlaku dekat fmly,or friends dan yang lebih buruk lagi, berlaku dekat kita kan. 
Yang aku nak cerita sekarang bukan lah cerita kedai kopi or what(HAHAHA), tapi 'sahabat' moden. dah berubah macam dunia berubah.Yang baik, berubah jadi jahat, yang prihatin jadi sampai hati, dan bermacam macam lagi lah..
hoho.. sebenarnya masa tak cukup tak update panjang panjang sebab hari ni bizi siket.. hoho..
nantikan entry yang seterusnya.. hiihi.. bye bye.
assalamualaikum 
                                         

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Tazkirah PaGI.


KETIKA PERUT RASULULLAH SAW BERBUNYI...

Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat.Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah SAW bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Rasulullah SAW itu langsung bertanya setelah selesai solat,”Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat,apakah Rasulullah sakit?”

Namun Rasulullah menjawab,”Tidak . Alhamdulillah,aku sihat dan segar.”

Mendengar jawapan ini Saidina Umar bertanya lagi ,” Lalu mengapa setiap kali Rasulullah menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah-olah sendi bergeseran di tubuh Rasulullah? Kami yakin Rasulullah sedang sakit…”

Melihat kerisauan di wajah para sahabatnya,Rasulullah SAW pun mengangkat jubahnya.Para sahabat amat terkejut.Ternyata perut Rasulullah SAW yang kempis, kelihatan dililit dengan sehelai kain yang berisi batu kerikir untuk menahan rasa lapar.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak.

Umar memberanikan diri berkata,” Ya Rasulullah! Adakah bila Rasulullah menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan,lalu kami hanya mampun untuk berdiam diri ?”

Rasulullah SAW menjawab dengan lembut,” Tidak sahabatku. Aku tahu,apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini.Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti,apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban bagi umatnya?”

Para sahabat hanya tertegun. Rasulullah SAW bersabda,” Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Subhanallah betapa cinta sayangnya Baginda Rasulullah SAW kepada kita..maka dari itu mari kita baca selawat kepada beliau junjungan kita....

Firman ALLAH Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH dan malaikatNYA berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah Al-Ahzaab 33:56

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” - Hadis Riawayat Ibn Mas’ud 



✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿