apa AZAM awak?

lalalaii.. SELAMAT TAHUN BARU 2013.. yang bermula ESOK.. so, hari ni adalah hari yang last for this year,2012.. hari ni hari isnin terakhir tahun ni.. wahh wahh sedih tak nak tinggalkan tahun ni?? mesti tahun ada banyak kenangan manis dan pahit bagi korang kan. sape sape yang nak share dengan aku, boleyh komen kat bawah ataupon klik dekat ChatBox okeyh..huhu.. 
macam aku kan, macam-macam dah jadi tahun ni.. banyak sangat kenangan manis,masam,masin,kelat.(HAHAHA) dan di antara yang aku tak boleh lupe ialah, tahun ni la fisrt n lasst aku ACCIDENT(agak teruk) wuwuuwu.tapi takpe.setiap kejadian, ada hikmah nye kan,kan,betol tak...? LAGI SATU kenangan yang aku kenang lah sangat kan, ni lah pekerjaan aku yang cukup OHSEM.. walaupon gajinye takk la sebanyak gaji korang, at least aku bahagia,da cukup dah bagi aku.Asalkan halal..INSYAALLAH. 
Yang paling penting, tak lame lagi baby blog nih akan berusia 1 tahun taw.. (laaa ptt la blog ni dah macam hape kan.bnyak yang tak cukup kan..-agak cacat-) ehh korang jangan mengata baby blog ni taw.. kalau tak suke,ataupon ade yang aku perlu buat or tambah dalam blog nih,mintak tolong  korang komen ataupon klik dekat ChatBox okeyh.. aku pon nak cantik macam blog korang jugak lah.. dan insyaallah aku akan renovate baby blog ni,selagi nyawa di kandung badan. ngehngehngeh..
MACAM BIASA, aku pon ada AzaM jugak untuk tahun ni.. nak tau?? aku tak nak bagitau lagi lah.. aku nak tau AZAM korang dulu, baru aku boleyh bagitau, (eleh,siap ada syarat lagi kan) huhu memang la.. biase laa,AZAM aku banyak, so kena buat satu ENTRY LAGI.sebab nya entry ni da panjang,aku takut korang da bosan asyik Scroll ke bawah aje kan,tak sudah sudah.. ngeee~..


Peace: aku nak BLOGWALKING NI.. so korang boleh letak link di bahagian komen.. thank you..

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Pantun Nasihat..


okey.. ade pantun.. yang ni aku copy paste ngan member aku jerk. errr~
pantun ni khas untuk Perempuan keyh..
jom nikmati pantun ni,..

Pantun Nasihat buat kaum HAWA...

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju.... senang
... Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong


 
bukan sekadar pantu, tapi anggap lah jugak sebagai nasihat dari aku..  mintak maaf kalau ada yang terasa.. aku 'nasihat' atas sebagai sesama saudara je.. be chill guys..

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

Erti Perkahwinan...♥

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan...
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah.


Perkahwian, mengajarkan makna 
Kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya, 
Isteri menjadi ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, kamu gembalanya,
Isetri adalah murid,kamu gurunya, 
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya...

Saat isteri menjadi madu, kmu teguklah spuas puasnya.
Saat isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang rusuk yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya...

Perkahwinan, menyedarkan kamu perlunya IMAN DAN TAKWA, 
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA, 
Kerana kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana, 
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, 
Menjadi solehah..
     imageimage
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor Syaitan yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya,. Di saat itu Syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu....
                              

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

ohh white Rose..

hoolla.. sape ade duit? boleh belikan aku Bunge Rose putih tak? ngeh3.. macam batak je.. takpe la.. xdapat pon takpe. bukan best sangat pon. (dalam hati melompat2 nak).. Haiiyya.. sume dah berubah hangin.sekelip mata jew.ini semua pengantin punye pasal.HAHAHAA (ketawa jahat). Ape tak nye.. semalam pegi kenduri kat rumah my Belove Bf..wee~ Bawak hadiah bapak segala bapak besar.haha.bakal kakak ipar kawin kononnye.keh3.. Tapi serius enjoy pegi rumah dia.. Sanak saudara dia sporting sangat sangat.Cume aku jew yang macam hape da. buat buat malu konon..benci betol.. Kalau lah mase boleyh diundur, aku nak sangat duduk lame kat rumah dia.. aman jee. haha.(dah namenya rumah orang kawin,mestila aman.mane ada orang gaduh2. aduyaii).. Tapi mama dia cakap, insyaallah  lepas ni giliran kitorang pulak.. yang tu membuatkan hati kau berbunga Sakura. (sebab tu la nak mintak White Rose..kih3) . Pegi rumah dia sekejap aje..memang kebiasaan kalau pegi kenduri sekejap je kan. buat pe pegi lame lame.. tapi rasenye tak bosan pun kalau stay kat rumah dia. hehehe. macam suweet gitu.. hihi.. ehh asyik gelak je aku ni.mestila.tengah happy ni..  Papepun, aku tetap tunggu masa tu. Dalam hati hanya tuhan je yang tau perasaanku camane.. 
imageimage
ohh ya. korang.. jangan lupa follow twitter aku pulak okeyh. yang ni akaun baru,so x ramai follower lagi la.. motif ber Twiter adalah nak tambah kawan2. and setakat ni alhamdulillah da ramai da kawan baru aku. so,aku nak tambah lagi kawan2 aku..kalau korang follow Twitter aku, nanti aku pon akan follow Twitter korang. kalau nak aku follow dahulu pon takpe. klik .. terima kasih semua ya.. 

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

HARIMAU MALAYA..!!

Bangun..Bangun Harimau Bangun..
Bangun..Bangun Harimau Bangun..
haiiiyya.. tak sabar lorh.. Akhirnya dah takde halangan tuk aku  tengok perlawanan antara Harimau Malaya dengan Gajah Putih malam ni. Sebelum ni ada je halangan. Selalu tak boleyh tengok. harapharap Malaysia berjaya ke perlawanan akhir dan seterusnya jadi juara Piala Suzuki AFF 2012.. Yeayyy..!! GO!!GO!! HARIMAU MALAYA!! AUUUUMMMM..!! PETEH KAKI GAJAH SAMPAI TEMPANG.. 

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

mari makan sayur.

Siapa tak makan Sayur, nganga mulut.. ngee~ Korang tak tau ke sayur sayuran ada sejuta kebaikan dan kelebihan untuk kesihatan kita? Bagi aku la, sayur best taw.tak kira lah sayur pe pon. siapa yang kurus,bile makan sayur,boleh jadi chubby, siapa yang kurang bertenaga,makan la sayur.insyaallah sihat walafiat.. kalau tak percaya,korang boleh Scroll ke bawah :

Asparagus
Asparagus ni kat kampung tak pernah jumpa walaubagaimana pun ia amat berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Bunga kubis
Sayuran nampak berkhasiat tapi realitinya ia sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. biasa saya ambil untuk mengekalkan penglihatan saya, ianya elok untuk menjaga mata.
Timun
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Ia juga elok untuk melambatkan kesan penuaan dan kesan lebam pada bawah mata.
Terung
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. jadi sediakan hidangan terung bersama daging.
Bawang putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.” (Mulut berbau)
Halia
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil ( Halia )”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Kekacang
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

haa dah baca kan, so jom kita amalkan makan sayur okeh. tak rugi pon.untuk kesihatan kita jugak kan.. Sharing Is Caring.
Photobucket

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿

New♥


kebaikan & keburukan shopping ONLINE !!
Berebut pusaka di kubur ibu sewaktu talkim
dah mula loya.. :)
Selamat Bertunang
My Engagement, 08/03/2013
Lawak Di Pinggir Kota
Blog_Walking ^◕‿◕^
KITA ..(∪ ◡ ∪)
Makna Sebenar HARI IBU
new little boy -.-
selamat tinggal sayang ... ♥
moring, ahad (◕‿-)
ISTERI YANG TERBAIK….
Di Kala Bosang..
One WEEK More.. Yeahh..
Kisah Suami Isteri..
Dah Tak Lama Dah Nak .......
✿PakSu's Wedding
 Koma..
dah lama tak jumpa benda ni..
Anak Adalah Segala galanya..
Fenomena Faceboke
Be Mine..
SAHABAT
hidup Kena Diteruskan
Tazkirah Pagi.

Si Kaki Gelak..
HAPPY BLOGGING GIVEAWAY!!
 Kisah Benar Muslimah Sejati
 hukuman mati di negara Arab
 Nikah Gantung
 hamster
 ape AZAM awak?
 Pantun Nasihat...
 Erti Perkahwinan... ♥
 oh white Rose..!!
 HARIMAU MALAYA!!
 HAPPY SHOPPING
 Bertunang.. Berkahwin..
 Apesal Blog Aku Tak Boleh Nak Komen??? Err
Jom Jenjalan
Raya Raya Raya Raya...
Kau Lah Pengubat Duka..
Aidil Zafuan Gagal Mendapat Hak Lawatan, Bermalam Bersama Anak..
Servey Baju Raya Haji Pulak..
Petua Hilangkan Jerawat..
Dah Masuk Bulan Oktober Lah..
Cara Nak Atasi Masalah Senggugut..
Tips Menjadi Kawan Yang Baik.
Kehidupan Seorang Yang Takk Bersosial..
Today Is Our Anniversary
Nak Iphone.!!!!
Biodata Najwa Latif
Nak Story Pasal Kawan..
  Cuba Sebut..
ini saya.. 
SALAM PERKENALAN
My First Update

✿ Kalau Sudi, Sila Lah Komen.. Wink2 ✿